© All rights reserved. Powered by YOOtheme.


PATI di Malaysia

Tidak cadang program pengampunan pendatang - Hamzah

"Melalui program dan pelan yang dirangka ini, setiap warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen akan memiliki dokumen yang sah dan mereka tidak lagi perlu bersembunyi dari satu tempat ke satu tempat
 |  Super User  |  Markets

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan kerajaan tidak berhasrat untuk mengadakan program pengampunan untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini. Beliau berkata kewujudan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin dan Rekalibrasi Pulang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak November tahun lalu, bagi memberi peluang kepada warga asing yang berada di negara ini untuk membuat pilihan untuk terus bekerja atau kembali ke negara asal mereka sudah memadai.

 

Hamzah bagaimanapun berkata KDN melalui agensi penguatkuasaannya akan terus agresif dalam melakukan serbuan bagi mengenal pasti warga asing yang tidak memiliki dokumentasi sah bagi memelihara kedaulatan undang-undang demi ketenteraman rakyat di negara ini.

"Pada tahun lalu saya sudah mengumumkan program rekalibrasi di mana kerajaan merancang untuk meregularisasikan pendatang tanpa izin di negara ini sebagai pekerja asing sah digajikan majikan layak, tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan kerajaan.

 

"Pelan ini memberi peluang kepada majikan daripada sektor pembinaan, pembuatan, perladangan dan pertanian untuk mengambil pekerja asing yang tidak berdokumen secara sah manakala mereka (warga asing) yang ingin kembali ke negara asal boleh memilih pelan Rekalibrasi Pulang," katanya kepada BH, di sini, semalam.

Beliau berkata program yang dilaksanakan ini juga turut diperlukan kepada pengusaha empat subsektor iaitu pemborong dan peruncit, restoran, kargo serta perkhidmatan pembersihan dalam industri perkhidmatan.

"Melalui program dan pelan yang dirangka ini, setiap warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen akan memiliki dokumen yang sah dan mereka tidak lagi perlu bersembunyi dari satu tempat ke satu tempat. Apa yang kita mahukan adalah mereka mengikut dan mematuhi undang-undang negara ini dan itulah yang sedang kita lakukan.

"Untuk mereka yang ingin pulang ke negara asal pula boleh melalui saluran yang betul kenapa perlu secara haram," katanya.

Katanya, beliau sendiri hairan mengapa ada segelintir pihak termasuk Ahli Parlimen dari pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia (NGO) mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pengampunan kepada golongan ini kerana kita tidak mengetahui latar belakang mereka.

"Bagi saya kita seharusnya mengutamakan kepentingan negara dan rakyat negara kita dahulu itu yang lebih penting.

"Saya berharap sangatlah supaya rakyat Malaysia memahami tanggungjawab saya sebagai Menteri Dalam Negeri demi keamanan dan kesejahteraan kita bersama," katanya.

Sebelum ini terdapat Ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan NGO yang mendesak kerajaan untuk menghentikan serbuan dan tangkapan terhadap PATI serta memberi pengampunan untuk memastikan Program Vaksinasi COVID-19 Nasional berjalan lancar.

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/826280/tidak-cadang-program-pengampunan-pendatang-hamzah?fbclid=IwAR32cu5NP8j6K1hjCY_9EbIB_t9o2oAkaVBQcPwCj6XzDiNmiRZQhvigkSg


  • PCIM (Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah) Malaysia
  • MP KAHMI Malaysia (Majlis Perwakilan Korps Alumni Himpunan Mahasiswa Indonesia)
  • BP KNPI Malaysia (Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia)
  • IKMA Malaysia (Ikatan Keluarga Madura) 
  • MUSLIM KL
  • GARANSI DPLN MALAYSIA ( Gerakan Aman Adil Sejahtera untuk Indonesia)
  • MES (Masyarakat Ekonomi Syariah) Malaysia
  • PPI Malaysia (Persatuan Pelajar Indonesia)
  • HIMAKA (Himpunan Alumni Karangdurin) Malaysia
  • IAKAM (Ikatan Alumni Pondok Pesantren Karang Asem) Malaysia
  • PERSABA (Perkumpulan Santri & Alumni Al-Hamidy Banyunyar) Malaysia
  • IKABA (Ikatan Alumni Bata-Bata ) Malaysia
  • PPI MALAYSIA ( Perhimpunan Pelajar Indonesia di Malaysia)
  • IMABA (Ikatan Mahasiswa Bata Bata) Malaysia
  • FORKOMMI (Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia) Malaysia
  • IWJ Korwil Malaysia (Info Warga Jember)
  • PPRKM (Persatuan Pembela Rakyat Kerinci)Malaysia
  • SPIM (Solidaritas Pekerja Indonesia) Malaysia

  • IKAWAMURAW (Ikatan Warga Wotan ) Malaysia
  • PIK (Persatuan Ikatan Kasih) Malaysia
  • PBM (Persatuan Bawean Malaysia
  • APMI ( Asosiasi Pekerja Migran Indonesia- Malaysia
  • PPMI DPLN Malaysia (Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia)
  • HKTP ( Perhimpunan Tenaga Kerja Perantau Malaysia)
  • KOSGORO Malaysia
  • SBMI ( Sarikat Buruh Migrant Indonesia Malaysia)
  • HKKBM ( Himpunan Keluarga Kerinci Bersatu Malaysia)
  • KBKBM ( Keluarga Besar Kerinci Bersatu Malaysia)
  • IKESBAK ( Ikatan Keluarga Sakti Alam Kerinci Malaysai)
  • PERMAJA ( Persatuan Masyarakat Jambi Malaysia)
  • HAMKA ( Himpunan Aktifitas Karangwungulor Malaysia)
  • KPRI ( Kumpulan Peduli Rakyat Indonesia)
  • HIKABARA Malaysia ( Ikatan Keluarga Kabupaten Batubara)
  • IKPM Gontor ( Ikatan Keluarga Pondok Modern)
  • IKKM Malaysia (Ikatan MInang Malaysia)
  • ALKIFAYAH KRB
  • IKBAS ( Ikatan Keluarga & Simpatisan Pondok Penyapen)
  • PWGM ( Persatuan Warga Gresik Malaysia)
  • PPRKM

©2021All rights reserved, for AOMI Malaysia by LH

Bekerjasama dan Sama Sama Bekerja - Memupuk Kebersamaan Dalam Keberagaman

For enquiry Email to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Back to Top