© All rights reserved. Powered by YOOtheme.

Pembekuan sementara buruh Indonesia dilanjutkan

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata negara itu melanjutkan pembekuan sementara pekerjanya daripada memasuki Malaysia berikutan kadar kematian yang tinggi pada Julai dan Ogos akibat Covid-19. Katanya pembekuan itu akan ditarik balik apabila kes Covid-19 berkurangan dan hak-hak pekerja Indonesia dipelihara. 

Pembekuan sementara tenaga buruh Indonesia ke Malaysia pada awalnya diumumkan oleh Kementerian Tenaga Kerja Indonesia apabila negara itu menutup sempadannya tahun lepas akibat pandemik berkenaan.

Hermono, memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun kes dan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat secara mendadak pada suku ketiga tahun ini, angka kematian dalam kalangan rakyat Indonesia meningkat pada jumlah yang sangat membimbangkan.

 

"Terdapat 408 kematian pada Julai dan 700 kematian pada Ogos dan kebanyakan mereka meninggal dunia di rumah mereka kerana terlalu takut untuk pergi ke hospital kerajaan," katanya dalam satu temu bual eksklusif. Katanya, pekerja berkenaan juga bimbang akan ditangkap, dihantar pulang dan mendedahkan lokasi tempat tinggal mereka di negara ini.

 

Hermono berkata virus itu telah meragut nyawa sebanyak 1,372 pekerja Indonesia pada 2021 dan empat orang pada 2020. Dia berkata kebanyakan pekerja Indonesia di negara ini tidak memiliki dokumen sekali gus menyebabkan majikan mereka mengelak daripada memikul tanggungjawab terhadap hak dan kebajikan mereka.

 

“Sektor-sektor yang menggaji pekerja tanpa izin terbanyak ialah pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pembantu rumah,” katanya. Tambahnya, kebanyakan rakyat Indonesia yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah daripada sektor pembinaan dan perkhidmatan termasuk pekerjaan seperti perkhidmatan pembersihan.

 

Hermono berkata angka yang diperoleh kedutaan itu berdasarkan mereka yang telah meminta "surat pelepasan" kepada hospital untuk mengeluarkan mayat bagi tujuan pengebumian. “Walaupun mereka meninggal dunia di rumah, mereka terpaksa memaklumkan kepada polis yang akan menentukan tiada unsur jenayah terhadap kematian orang itu.

 

“Jadi, surat itu menjelaskan bahawa si mati adalah warga Indonesia dan meminta pihak hospital mengeluarkan mayat itu,” katanya sambil menambah jumlah yang tinggi ini tidak termasuk pekerja berdokumen dan mereka yang bersembunyi.

Minggu lepas wakil Migrant Care Malaysia, Alex Ong memberitahu Malaysiakini bahawa sektor perladangan kelapa sawit merekodkan sekurang-kurangnya 40 kluster Covid-19 di enam negeri. Manakala terdapat lebih 300,000 pekerja asing tanpa izin yang status vaksin mereka tidak diketahui dan dikhuatiri mencari tempat perlindungan di ladang-ladang ini.

 

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga mengatakan sekurang-kurangnya 3,500 pekerja asing tidak ditolak daripada menerima vaksin pada penghujung program vaksinasi Covid-19 (SelVax) Selangor. Ini menunjukan jumlah pendatang tanpa izin yang tidak divaksin yang masih ramai terutamanya di kawasan bandar perindustrian besar di Selangor. Charles berkata Malaysia akan menerima akibat kerana tidak memberi tumpuan kepada vaksinasi pekerja asing tanpa izin berkenaan.


  • PCIM (Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah) Malaysia
  • MP KAHMI Malaysia (Majlis Perwakilan Korps Alumni Himpunan Mahasiswa Indonesia)
  • BP KNPI Malaysia (Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia)
  • IKMA Malaysia (Ikatan Keluarga Madura) 
  • MUSLIM KL
  • GARANSI DPLN MALAYSIA ( Gerakan Aman Adil Sejahtera untuk Indonesia)
  • MES (Masyarakat Ekonomi Syariah) Malaysia
  • PPI Malaysia (Persatuan Pelajar Indonesia)
  • HIMAKA (Himpunan Alumni Karangdurin) Malaysia
  • IAKAM (Ikatan Alumni Pondok Pesantren Karang Asem) Malaysia
  • PERSABA (Perkumpulan Santri & Alumni Al-Hamidy Banyunyar) Malaysia
  • IKABA (Ikatan Alumni Bata-Bata ) Malaysia
  • PPI MALAYSIA ( Perhimpunan Pelajar Indonesia di Malaysia)
  • IMABA (Ikatan Mahasiswa Bata Bata) Malaysia
  • FORKOMMI (Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia) Malaysia
  • IWJ Korwil Malaysia (Info Warga Jember)
  • PPRKM (Persatuan Pembela Rakyat Kerinci)Malaysia
  • SPIM (Solidaritas Pekerja Indonesia) Malaysia

  • IKAWAMURAW (Ikatan Warga Wotan ) Malaysia
  • PIK (Persatuan Ikatan Kasih) Malaysia
  • PBM (Persatuan Bawean Malaysia
  • APMI ( Asosiasi Pekerja Migran Indonesia- Malaysia
  • PPMI DPLN Malaysia (Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia)
  • HKTP ( Perhimpunan Tenaga Kerja Perantau Malaysia)
  • KOSGORO Malaysia
  • SBMI ( Sarikat Buruh Migrant Indonesia Malaysia)
  • HKKBM ( Himpunan Keluarga Kerinci Bersatu Malaysia)
  • KBKBM ( Keluarga Besar Kerinci Bersatu Malaysia)
  • IKESBAK ( Ikatan Keluarga Sakti Alam Kerinci Malaysai)
  • PERMAJA ( Persatuan Masyarakat Jambi Malaysia)
  • HAMKA ( Himpunan Aktifitas Karangwungulor Malaysia)
  • KPRI ( Kumpulan Peduli Rakyat Indonesia)
  • HIKABARA Malaysia ( Ikatan Keluarga Kabupaten Batubara)
  • IKPM Gontor ( Ikatan Keluarga Pondok Modern)
  • IKKM Malaysia (Ikatan MInang Malaysia)
  • ALKIFAYAH KRB
  • IKBAS ( Ikatan Keluarga & Simpatisan Pondok Penyapen)
  • PWGM ( Persatuan Warga Gresik Malaysia)
  • PPRKM

©2021All rights reserved, for AOMI Malaysia by LH

Bekerjasama dan Sama Sama Bekerja - Memupuk Kebersamaan Dalam Keberagaman

For enquiry Email to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Back to Top