© All rights reserved. Powered by YOOtheme.

150,000 PATI pulang ke negara asal

KUALA LUMPUR – Seramai 150,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah dihantar pulang ke negara masing-masing menerusi Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Tanpa Izin oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak 21 Disember 2020 hingga 8 Disember 2021.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, tiga negara yang mencatat jumlah tertinggi penghantaran PATI ialah Indonesia (77,627), Bangladesh (21,068) dan India dengan 19,087 orang. Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, program berkenaan bertujuan memberi peluang kepada mana-mana PATI yang berada di Malaysia untuk pulang tanpa dikenakan tindakan pendakwaan.
 
 
“Mereka hanya perlu membayar RM500 dan boleh terus pulang ke negara asal. Bagi PATI yang masih belum berpeluang pulang, program rekalibrasi ini telah dilanjutkan sehingga bulan Jun tahun hadapan,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur di sini kelmarin.
 
 
Khairul Dzaimee berkata, bagi PATI yang ingin diambil bekerja semula, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja masih berjalan sehingga 31 Disember tahun ini. “Bagaimanapun, program rekalibrasi ini akan ditamatkan pada tahun hadapan dan hanya yang mendaftar di dalam portal imigresen akan diproses untuk diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
 
 
“Majikan akan menerima sebanyak 70 peratus daripada jumlah pekerja mereka yang telah mendapat kelulusan verifikasi di Jabatan Imigresen. “Contohnya, daripada 100 bilangan pekerja yang didaftar, 70 daripadanya akan diberikan PLKS dan perlu membuat pemeriksaan FOMEMA, manakala baki 30 peratus lagi perlu mendapatkan kuota tambahan daripada Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia,” jelasnya.
 
 
Kosmo! pada 27 Julai lalu melaporkan,­ ribuan PATI dari Indonesia, Bangladesh dan India terpaksa beratur panjang dan menunggu selama berhari-hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal. -K! ONLINE

  • PCIM (Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah) Malaysia
  • MP KAHMI Malaysia (Majlis Perwakilan Korps Alumni Himpunan Mahasiswa Indonesia)
  • BP KNPI Malaysia (Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia)
  • IKMA Malaysia (Ikatan Keluarga Madura) 
  • MUSLIM KL
  • GARANSI DPLN MALAYSIA ( Gerakan Aman Adil Sejahtera untuk Indonesia)
  • MES (Masyarakat Ekonomi Syariah) Malaysia
  • PPI Malaysia (Persatuan Pelajar Indonesia)
  • HIMAKA (Himpunan Alumni Karangdurin) Malaysia
  • IAKAM (Ikatan Alumni Pondok Pesantren Karang Asem) Malaysia
  • PERSABA (Perkumpulan Santri & Alumni Al-Hamidy Banyunyar) Malaysia
  • IKABA (Ikatan Alumni Bata-Bata ) Malaysia
  • PPI MALAYSIA ( Perhimpunan Pelajar Indonesia di Malaysia)
  • IMABA (Ikatan Mahasiswa Bata Bata) Malaysia
  • FORKOMMI (Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia) Malaysia
  • IWJ Korwil Malaysia (Info Warga Jember)
  • PPRKM (Persatuan Pembela Rakyat Kerinci)Malaysia
  • SPIM (Solidaritas Pekerja Indonesia) Malaysia

  • IKAWAMURAW (Ikatan Warga Wotan ) Malaysia
  • PIK (Persatuan Ikatan Kasih) Malaysia
  • PBM (Persatuan Bawean Malaysia
  • APMI ( Asosiasi Pekerja Migran Indonesia- Malaysia
  • PPMI DPLN Malaysia (Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia)
  • HKTP ( Perhimpunan Tenaga Kerja Perantau Malaysia)
  • KOSGORO Malaysia
  • SBMI ( Sarikat Buruh Migrant Indonesia Malaysia)
  • HKKBM ( Himpunan Keluarga Kerinci Bersatu Malaysia)
  • KBKBM ( Keluarga Besar Kerinci Bersatu Malaysia)
  • IKESBAK ( Ikatan Keluarga Sakti Alam Kerinci Malaysai)
  • PERMAJA ( Persatuan Masyarakat Jambi Malaysia)
  • HAMKA ( Himpunan Aktifitas Karangwungulor Malaysia)
  • KPRI ( Kumpulan Peduli Rakyat Indonesia)
  • HIKABARA Malaysia ( Ikatan Keluarga Kabupaten Batubara)
  • IKPM Gontor ( Ikatan Keluarga Pondok Modern)
  • IKKM Malaysia (Ikatan MInang Malaysia)
  • ALKIFAYAH KRB
  • IKBAS ( Ikatan Keluarga & Simpatisan Pondok Penyapen)
  • PWGM ( Persatuan Warga Gresik Malaysia)
  • PPRKM

©2021All rights reserved, for AOMI Malaysia by LH

Bekerjasama dan Sama Sama Bekerja - Memupuk Kebersamaan Dalam Keberagaman

For enquiry Email to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Back to Top