© All rights reserved. Powered by YOOtheme.

Kutip RM150 juta menerusi Pelan Rekalibrasi PATI

Putrajaya: Kerajaan mengutip RM150 juta menerusi dua program Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermula November tahun lalu sehingga 30 Ogos lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, program Rekalibrasi Pulang dan Rekablibrasi Tenaga Kerja di bawah Jabatan Imigresen (JIM) akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, sehingga kelmarin, 301,013 warga asing didaftarkan melalui kedua-dua program Pelan Rekalibrasi Pati itu. "Ia membabitkan 122,270 yang mendaftar untuk pulang ke negara asal manakala 78,743 lagi warga asing dan 8,544 majikan mendaftar untuk program rekalibrasi tenaga kerja. "Statistik Program Rekalibrasi Pulang merekodkan seramai 101,851 Pati sudah kembali ke negara asal dengan kutipan hasil sebanyak RM59,171,400.

 

"Kita mohon mereka membayar wang cagaran dan kita mengutip sebanyak RM87,591,000 dengan sudah memperolehi cagaran serta mencapai RM150 juta," katanya pada sidang media pertama selepas dilantik semula sebagai Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini. Dalam pada itu, Hamzah berkata, 2,388 operasi dilaksanakan JIM setakat 30 Ogos lalu dengan 60,170 pemeriksaan, 11,112 tangkapan Pati dan 110 tangkapan majikan.

 

Beliau berkata, kapasiti 21,150 tahanan di Depoh JIM sudah mencecah 94 peratus selepas menempatkan seramai 19,848 Pati di situ. "KDN komited dalam menambah baik dasar dari semasa ke semasa termasuk kawalan sempadan melalui pendekatan lima sempadan, merangkumi perolehan aset strategik di sempadan utara Kedah, utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak. "Kita memerlukan sesuatu yang lebih strategik dan akan memberi fokus termasuk pembukaan pintu masuk yang baharu (seperti) di Sabah dan Sarawak.

 

"Lain-lain inisiatif adalah pembinaan pos kawalan, pembelian radar, kamera litar tertutup (CCTV) dan dron serta penggunaan teknologi tinggi yang lebih canggih untuk mengawal sempadan kita," katanya. Hamzah berkata, KDN juga akanmeneruskan segala perancangan dasar yang terkandung dalam Pelan Strategik KDN 2021-2025 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

 

"Ia terdiri daripada beberapa cadangan seperti pindaan akta dan undang-undang yang dirancang sebelum ini seperti Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substans, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM). "Kita juga sentiasa tegas mengambil tindakan dalam penguatkuasaan undang-undang seperti Ops Patuh dan Pati," katanya  (HMETRO)


  • PCIM (Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah) Malaysia
  • MP KAHMI Malaysia (Majlis Perwakilan Korps Alumni Himpunan Mahasiswa Indonesia)
  • BP KNPI Malaysia (Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia)
  • IKMA Malaysia (Ikatan Keluarga Madura) 
  • MUSLIM KL
  • GARANSI DPLN MALAYSIA ( Gerakan Aman Adil Sejahtera untuk Indonesia)
  • MES (Masyarakat Ekonomi Syariah) Malaysia
  • PPI Malaysia (Persatuan Pelajar Indonesia)
  • HIMAKA (Himpunan Alumni Karangdurin) Malaysia
  • IAKAM (Ikatan Alumni Pondok Pesantren Karang Asem) Malaysia
  • PERSABA (Perkumpulan Santri & Alumni Al-Hamidy Banyunyar) Malaysia
  • IKABA (Ikatan Alumni Bata-Bata ) Malaysia
  • PPI MALAYSIA ( Perhimpunan Pelajar Indonesia di Malaysia)
  • IMABA (Ikatan Mahasiswa Bata Bata) Malaysia
  • FORKOMMI (Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia) Malaysia
  • IWJ Korwil Malaysia (Info Warga Jember)
  • PPRKM (Persatuan Pembela Rakyat Kerinci)Malaysia
  • SPIM (Solidaritas Pekerja Indonesia) Malaysia

  • IKAWAMURAW (Ikatan Warga Wotan ) Malaysia
  • PIK (Persatuan Ikatan Kasih) Malaysia
  • PBM (Persatuan Bawean Malaysia
  • APMI ( Asosiasi Pekerja Migran Indonesia- Malaysia
  • PPMI DPLN Malaysia (Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia)
  • HKTP ( Perhimpunan Tenaga Kerja Perantau Malaysia)
  • KOSGORO Malaysia
  • SBMI ( Sarikat Buruh Migrant Indonesia Malaysia)
  • HKKBM ( Himpunan Keluarga Kerinci Bersatu Malaysia)
  • KBKBM ( Keluarga Besar Kerinci Bersatu Malaysia)
  • IKESBAK ( Ikatan Keluarga Sakti Alam Kerinci Malaysai)
  • PERMAJA ( Persatuan Masyarakat Jambi Malaysia)
  • HAMKA ( Himpunan Aktifitas Karangwungulor Malaysia)
  • KPRI ( Kumpulan Peduli Rakyat Indonesia)
  • HIKABARA Malaysia ( Ikatan Keluarga Kabupaten Batubara)
  • IKPM Gontor ( Ikatan Keluarga Pondok Modern)
  • IKKM Malaysia (Ikatan MInang Malaysia)
  • ALKIFAYAH KRB
  • IKBAS ( Ikatan Keluarga & Simpatisan Pondok Penyapen)
  • PWGM ( Persatuan Warga Gresik Malaysia)
  • PPRKM

©2021All rights reserved, for AOMI Malaysia by LH

Bekerjasama dan Sama Sama Bekerja - Memupuk Kebersamaan Dalam Keberagaman

For enquiry Email to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Back to Top